THUNDAGA

My Photo
"It is He who does show you the lightning, by way both of fear and hope: it is He who does raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain! Nay, thunder repeats His praises, and so do the angels, with awe: He flings the loud voiced thunderbolts, and therewith He strikes whomsoever He will. Yet these (are the men) who (dare to) dispute about Allah, with the strength of His power (supreme)! [ar-Ra'd: 12-13]

Monday, March 30, 2009

Mokhtar bin Ahmad - Bapa Optimis

RIDHALLAH FI RIDHAL WALIDAIN WA SUKHTULLAH FI SUKHTIL WALIDAIN











                    

              







                                                






















                                                   THE GOLDEN OLDIES. SEWAKTU BERJIWA PEMUDA.

Bapaku : Mokhtar bin Ahmad

Ex RMC (Royal Military College) 
Member of OPA (Old Putera Association)

Age :61 ('09)

-seorang yang optimis.

-sentiasa menganggap semua masalah boleh diselesaikan dengan mudah (mind-set).

Ciri-ciri yang orang boleh katakan "respect gile ah":

1. Sewaktu mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan:

Abah: Ni kenape teruk sangat ni?

al-Barq: Ntah ah, dah cube dah. Ingatkan boleh tapi tengok-tengok dapat camni plak.

Abah: Mane boleh macamtu. Mesti ade bende yang tak paham ni. Takpe lepas ni cuba ubah. Tak guna gak abah beleter panjang-panjang. Sekadar berleter tapi tak cuba untuk ubah takde gune gak. Lepas ni apa-apa tak paham tulis. Pastu kat kelas kena bising (maksudnya kena banyak tanya cikgu). Kita bertanya cikgu tuh sebab 2 benda. Satu, kita tanya sebab kita nak paham apa yang kita tak paham. Kedua, kita dah paham tapi mana tau ada budak lain tak paham jadi kita tanya jugak bagi semua orang paham. Takpe klau kita tak tahu sekarang, jangan tak tahu waktu periksa. Waktu tu memang takde guna ah. Dah tak tahu tu tak tahu je ah. Memang tak boleh buat ape. Ape yang dah lepas tu lepas. Kita fokus pada waktu sekarang. Yang zaman-zaman UPSR, PMR tu dah habis. That's all in the past. Lupakan. Sekarang kita fokus pada SPM plak. Lagi satu kena selalu exercise.
Ni duk rumah asyik tengok t.v. Peluh tak keluar mane nak sihat. Boleh eh? Lepas ni cuba ubah. Takpe, kita buat sikit-sikit tapi kene selalu buat. Apa yang orang Islam slalu cakap tuh??

al-Barq: Istiqamah.

Abah: Haaaaa. Istiqamah. Abah tak pandai sangat bahasa arab ni. Tapi apa-apa pun, kita belajar apa skali pun. Pastikan bagi paham betul-betul. Pastu belajar bersungguh-sungguh.

2.Sewaktu handphone jatuh dalam sungai dalam masa yang sama kamera yang pada tangan waktu itu pun terbasah sekali apabila cuba mengambil handphone yang terjatuh tersebut [Wafdul Amin]:

al-Barq: Habis ah lepas ni bapak aku mesti suruh aku tido luar malam ni. Dah ah handphone jatuh. Kamera yang sepatutnya boleh selamat boleh jugak rosak skali.

shinjiru: Camne kamera boleh rosak skali??

al-Barq: Waktu nak tangkap handphone yang terjatuh tu, aku tengah pegang kamera skali. Aku pun dengan usaha gigihnya cuba mendapatkan kembali handphone yang terjatuh dalam sungai tu. Tiba-tiba bila keluarkan tangan dari sungai tengok-tengok kamera yang dipegang habis basah. Waktu cari tu tak perasan la sebab tengah cuak handphpone jatuh sungai. Agak kecewa gak ah kamera skali jadi mangsa. 

shinjiru: WAHAHHAHAHAHA ko ni kelakar ah..... memang bengong.....WAHAHAHHAHAHA.

(tiba di rumah)

Abah: Camne Wafdul Amin? Seronok?

al-Barq: seronok gak ah. Banyak aktiviti. Boleh mandi sungai, makan rusa, yang paling popular makan ikan pekasam.

Abah: Banyak gambar dapat tangkap?

al-Barq: Banyak gak ah. Tapi waktu nak pergi kat sungai kamera ngan handphone terjatuh sungai?

Abah: HAAAAA!!!!! Macamane??

al-Barq: (Menceritakan kisah yang sama pada shinijru).

Abah: Hmph... Takpe ah abah pun silap jugak lupa nak pesan sebelum pergi tu balut apa-apa barang elektronik dengan plastik. Dulu waktu abah RMC pun memang abah buat camtuh. Memang abah dah agak dah. Takpe ah benda dah berlaku. Takleh buat ape ah. Tapi gamba still ok ak?

al-Barq: (Fuhh..lega hati aku) Gamba stakat yang sebelum pergi sungai tu je ah yang ada. Alhamdulillah ah, memory card takde rosak pape.

Abah: Ok ah tuh.

3. Waktu dalam kereta nak pergi sekolah (waktu2 yang tidak tetap. Random):

Abah: Macamane dengan belajar maths, ok?

al-Barq: Teruk gak ah

Abah: Apa masalah die?

al-Barq: Die bukannya tak boleh buat. Boleh tu boleh. Cuma faktor masa ah. Nak paham soalan tu lagi.

Abah: Tu ah, abah dah banyak kali pesan, Kita kena sentiasa buat latihan. Walaupun kita dah tahu macamane nak buat tapi kita tetap kena buat latihan jugak. Tujuannye adalah supaya kita latih diri kita untuk menulis. Bila kita tulis otak kita akan ingat benda tuh. Dalam maths ni kita kena sentiase practice. Takpe, tak perlu buat banyak-banyak. Satu hari satu soalan dah cukup. Yang penting kena slalu buat. Lepas ni balik rumah kita main sikit (exercise) pastu kita practice ok?  

al-Barq: (Mengangguk)

*Itulah ciri-ciri yang bagi al-Barq boleh katakan memang "respect gile ah". Seorang yang tidak bertindak mengikut perasan tetapi lebih kepada akal fikirannya.

Teringat sewaktu al-Barq masih muda. Ibu al-Barq menyuruh abang al-Barq yang kedua untuk membasuh kasutnya sendiri. Abang al-Barq yang kedua enggan berbuat demikian. Lalu ibu al-Barq berleter dan memarahi serta memaksa abang al-Barq yang kedua membasuh kasutnya juga. Tetapi abang al-Barq yang kedua tetap membisukan diri.

Lantas ibu al-Barq mereport kepada bapa al-Barq yang sedang membuat kerja komputernya akan ketidakpedulian dan keengganan abang al-Barq yang kedua membasuh kasutnya.

Bapa al-Barq yang sememangnya tengah tension waktu tuh turun ke tingkat bawah rumah tanpa sebarang suara lalu mengangkat abang al-Barq yang kedua melalui kolar baju abang al-Barq yang kedua sendiri dengan menggunakan satu tangan sahaja. (Diibaratkan seperti seekor kucing mengangkat anaknya dengan menggigit kulit bahagian leher anaknya sendiri).

Lalu mengangkat abang al-Barq yang kedua ke dalam tandas. Seterusnya meletakkan kasut abang al-Barq yang kedua di hadapannya. Daripada turun tangga tadi hingga ke tandas bapa al-Barq masih tidak mengeluarkan satu suara pun.

Sambil menangis, abang al-Barq yang kedua membasuh juga kasutnya sendiri.

al-Barq yang berumur 3 atau 4 tahun (tak ingat) ketika itu terpegun melihat keadaan yang berlaku. Terutama apabila bapa al-Barq mengangkat abang al-Barq yang kedua menggunakan satu tangan sahaja. Ditambah pula dengan hanya mengangkat melalui kolar baju sahaja. 

* Itulah bapaku. Tidak banyak bersembang (kalau nak ajak bersembang tu memang payah sket. Kecuali kalau libatkan bende-bende yang dia minat. Tu pun kalau kita tanya, dia akan jawab sepatah), tidak banyak berleter dan tidak perlu memukul-memukul. Lebih kepada memberi nasihat, cerita pengalaman, buat kerja (selesaikan masalah) berbanding dengan memarah-marahi.

Kesimpulan = Tak perlu cakap banyak, buat sahaja......

6 Indignations:

-Amin HAR- said...

mana tahu nanti pula diceritakan,
bertajuk "Azizi bin Mokhtar - Abi Mithali"~
~~
~~
~~
Utk pengetahuan anda..
"Saya dah dapat jawapan!!!"

Fera said...

hahaha, ok jugak amin, karang "Bin Azizi" pulak buat blog. Kot "As-Sawa'iq"? :P

Fuuuh, mantop abi anda. Rase lebih respek! >:)

.-rashid-. said...

ahh saya masih tidak puas hati, mentang2 saya kutok hp anda jatuh dlm sungai, lps tu anda balas dendam cmpak hp saya dalam longkang,sungguh hina, masih igt x?!!!
wahahahahahha

~al-Barq~ said...

tahape hape ah yang korang komen ni.......

amir aizat said...

ayh ko famous smsa mude shje!!
ble da umur *pnjg bru ak ingt blik,
sllu bkpit wif azizi mse kecix2 molek dlu..
hihhi

Auzaie S.M said...

muka pakcik mokhtar
mcm muka al-barq 40 thn akn dtg,
bapa borek
anak rintik :D
selamat menulis :)