THUNDAGA

My Photo
"It is He who does show you the lightning, by way both of fear and hope: it is He who does raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain! Nay, thunder repeats His praises, and so do the angels, with awe: He flings the loud voiced thunderbolts, and therewith He strikes whomsoever He will. Yet these (are the men) who (dare to) dispute about Allah, with the strength of His power (supreme)! [ar-Ra'd: 12-13]

Sunday, April 26, 2009

Saya bukanlah tetapi saya adalah.............

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatuwassalamu 'alal asyrafil anbiyai wal mursalin wa 'ala alihi wa sohbihi wabarik wasallim........

Saya bukanlah seorang pengarah ........... Tetapi saya adalah seorang yang diarah. [Maka saya diarah untuk mengarah] *Kesimpulannya: Buat sahaja kerja tak perlu banyak soal.

Saya bukanlah seorang penulis ........... Tetapi saya adalah seorang peluah. [Maka saya meluah melalui penulisan] *Kesimpulannya: Walaupun tak suka menulis tetapi terpaksa.

Saya bukanlah seorang penasyid ......... Tetapi saya adalah seorang penghibur. [Maka saya menghibur melalui nasyid] *Kesimpulannya: Biarlah suara x sesedap mane asalkan diriku terhibur.

Saya bukanlah seorang yang suka berkata-kata ........... Tetapi saya adalah seorang pemikir. [Maka saya berfikir sebelum saya bercakap] *Kesimpulannya: Kadang2 kalau orang tanye x jawab bukan sebab x nak jawab tapi tengah pikir nak jawab ape. Sebab tu kadang2 bile org tanye diam jer (padahal tgh berfikir). Tapi ade jugak kadang2 tak tahu ape2 jadi diam je ah. Ataupun dah malas nak berhujah maka diam je ah.

Saya bukanlah seorang yang suka bertindak ........... Tetapi saya adalah seorang pemerhati. [Maka saya perhati dahulu sebelum bertindak] *Kesimpulannya: Tak perlulah buat kerja terburu-buru. Relaks, tenang dan tengok sahaja dahulu.

Saya bukanlah seorang pendendam ............ Tetapi saya adalah seorang pemaaf. [Maka saya melupakan sahaja] *Kesimpulannya: Peduli ah dia dah buat ape kat aku. Amalan die Allah yg balas. Lepas ni akan baik balik. Yg dah lepas tu lepas ah. Selebihnya Allah yang tentukan.

Saya bukanlah seorang pendebat ........... Tetapi saya adalah seorang pendengar. [Maka saya dengar sahaja apa hujahnya]. *Kesimpulannya: Keluarkanlah segala hujah2 kamu yang hebat. Saya tetap dengan pendirian saya. Setiap orang ade dalil die masing2 terpulanglah kepada masing2 untuk berpegang kepada dalilnya. Aku malas nak gaduh2 dengan perkara remeh. Diam sahaja. Biarlah die nak kata apa. Aku tetap takkan ubah pendirian.

Saya bukanlah seorang yang merasai apa2 apabila dikutuk, dihina, dicaci, ditegur, dinasihat ............ Tetapi saya adalah org terasa apabila org lain yg terkena perkara2 tadi. [Maka apa2 sahaja yang kamu lemparkan kepadaku aku takkan tekesan dengan lemparan tadi]. *Kesimpulannya: Kau katalah ape yang kau nak kata terhadap diriku. Peduli ah kau nak kate ape. Mulut kau, skati kau ah nak cakap ape. Sedikitpun aku tak rasa ape2. Aku hanya membuat muka yang tiada perasaan sahaja. Tetapi jika kau mengata org2 yang aku kenali, maka aku akan simpati terhadapnya.

Saya bukanlah seorang pengamal ilmu batin ........... Tetapi saya adalah seorang pengamal ilmu kalam. [Maka banyaklah salah paham tentang diri saya]. *Kesimpulannya: Kau nak label2 aku silap kau ah. Akhirat segala-galanya akan jelas. Jadi aku bersabar apabila aku dicop dan dilabel. Peduli ape aku. Allah akan tunjukkan kebenaran. Jangan risau.

Saya bukanlah seorang yang beralasan ......... Tetapi saya orang yang mengkaji. [Maka ramailah yang tak paham]. *Kesimpulannya: Segala perbuatan, kata2 yang menunjukkan seperti ingin mengelat sebenarnya nak tengok ape jawapan yang akan diperolehi. Bukannya nak beralasan pun. Saja jer nak tengok apa hujah yang akan dilemparkan. Lagi satu dapat gak ilmu2 siket. Nanti untuk masa depan boleh gune.

Saya bukanlah seorang hipokrit ................ Tetapi saya adalah orang yang benar. [Maka itulah saya]. *Kesimpulannya: Kamu lihat saya di sekolah seperti itu, maka samalah saya di rumah. Suasana persekitaran langsung takkan ubah siapa saya. Saya tetap dengan diri saya. Saya Islam di sekolah, saya juga Islam di rumah. Tiada kelainannya saya di sekolah dan di rumah. Sama sahaja.

INILAH SAYA
ANDA PULA SIAPA? 
~^_^~

wallahualam........................

13 Indignations:

mas syarep said...

cewah..

"fahaza ana..wa man anta??"

hehe..dh abes ker bce buku tu..tros tules psl ni..

tp paling hakikat sekali..anda adalah "saya seorang botak..maka saya akan menyilaukan pandangan anda terhadap saya"....hahahaha!!

hadi said...

haha.betul2 ape abg sarep ckp wahai budak botak.

~al-Barq~ said...

mule2 nak tulis gak tapi bile pikir2 blk..... saya takkan botak selame-lamenye....... hakikatnya saya akan pergi meninggalkan juga GeKeBo suatu hari nanti

.-rashid-. said...

kihkihkih

mas syarep said...

yeaaaaaaahh!!!!!!
Allaaaaaaahu Akbarx30!!!!

perjuanganku berjaya!!!
propagandaku berjaya!!!

akhirnya dia menyedari!!!
malah mengakui kelemahan GeKeBo!!!
GeKeBo takkan selamanya bertahan!!!
Mansuhkan GeKeBo!!!!

~al-Barq~ said...

Walaubagaimanapun!!!! Akan tetap ku teruskan perjuangan GeKeBo ....... selagi kepala ku mampu menyilaukan mata2 anda .... wahahahahaha

-Amin HAR- said...

GeKeBo itu 'bermasa'???

~al-Barq~ said...

GeKeBo akan bertahan selagi ahlinya masih komited untuk membotakkan kepala dan menyilaukan mata musuh mereka....

mas syarep said...

GeKeBo tidak bersifat fitrah!!!
GeKeBo menentang fitrah!!!
siapa yg mahu perjuangan menentang fitrah ini???!!!

sudah la..

biarlah GeKeBo menjadi sejarah..bole masuk dlm blog "salam sejarah" nnti..hahahaha!!

~al-Barq~ said...

katalah ape yang kamu nak katakan...... kata2mu itu tidak sekali2 akan melenyapkan semangat perjuangan GeKeBo.... Allahuakbar!!!!

-Amin HAR- said...

Ting tong!
Pengunguman..
ahli GeKeBo telah seorang menarik diri...terima kasih ~^_^~

.-rashid-. said...

aku bukanlah gekebo seperti kamu
dan tidak prnah menyertainya
aku adalah aku
pergilah kamu membawa haluan masing2
hahahaahahahahhahahahaha

MuhammadS-3x said...

GeKeBo??? mana dapat ilham nama ni? kelakarnya.
Untuk entibotak, Satu kelebihan botak ialah dapat menjimatkan duit.

Islam berjaya jika bersatu!!!
GeKeBo berjaya jika ....???

Hahahaha ha.