Sempena hari ibu yang disambut oleh semua orang di serata dunia, suka saya bercerita sedikit tentang ibu saya.
Nama: Robiah bt. Mohd Din
Umur: 59
Asal: Teluk Intan, Perak
Kehidupan: Seorang yang berdarah Cina, dibesarkan dalam keluarga Melayu. Pada ketika itu zaman 60-an memang banyak ibu-ibu cina memberi anak-anak mereka sebagai anak angkat (itu cerita nenek saya ah). (Sebenranya kalau nak letak gamba waktu zaman muda-mudi dulu boleh jer ....... cuma paham2 je ah waktu tu didikan agama kurang jadi pakaian pun bukannya islamik sangat......
Alhamdulillah kini ibuku sudah rajin dalam mengamalkan Islam. Sudah sekian lama berusrah, mempelajari bahasa Arab, pergi ke kelas-kelas agama.......
Sifatnya agak berbeza dengan ayah saya....... jika para pembaca membaca blog yang lepas tentang ayah saya, beliau merupakan orang yang tenang dan tidak banyak bercakap. Manakala ibu saya cukup berbeza. Cuma cara pemikiran sahaja lebih kurang.
Cara didikan ibu saya lebih kepada cara yang outspoken. Apabila mendapat markah yang tidak memuaskan maka tunggulah saatnya tatkala leteran-leteran serta panahan-panahan datang secara berbondong-bondong. Segala amalan yang dilakukan sewaktu dirumah seperti menonton televisyen, tidur, melayari internet digunakan untuk menusuk jiwa yang memang bersalah pada waktu itu.......
*Kesimpulannya memang panas gak ah bile dah kene hentam habis-habis....... Tapi sebenarnya memang salah sendiri pun. Walaupun kita dah usaha yang terbaik tapi sebenarnya yang kita sangkakan terbaik itu boleh ditingkatkan lagi....... Jadi jika terkena pelbagai hentaman, panahan, teguran, nasihat, leteran....... Segala itu adalah untuk kebaikan diri sendiri juga...... Tidak perlu kita berdendam ....... Waktu awal2 memang rasa panas ah pastu muhasabah balik ....... Itu sahaja. Apa-apa pun saya sayang ma ~^_^~
Kami juga sering berdebat antara ibu dan anak menggunakan dalil-dalil yag telah kami pelajari. Pendidikan saya di al-Amin adalah mengikut kaedah mazhab Syafie secara keseluruhannya, manakala ibu saya merupakan golongan Wahabi. Jadi sememangnya perdebatan sering berlaku. Kadang-kala saya tewas dan kadang-kala ibu saya tewas juga...... Tetapi hakikatnya saya yang paling banyak tewas kerana ilmu yang memang tak banyak. Ibu saya yang telah mempelajari pelbagai ilmu hadith, tadabbur al-Qur'an, fiqah bersama beberapa ulama' yang pakar dalam bidang tersebut sememangnya lebih hebat dari seorang anak yang hanya mempelajari Pendidikan al-Qur'an dan as-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiyah peringkat menengah sahaja. Lagi sekali saya terpaksa mengalah...... (yelah ma ...... haa betullah ape ma cakap tuh ........)
Namun hakikatnya itulah kami. Hubungan antara ibu dan anak tetap di jaga. Setiap keluarga mempunyai asam garam mereka sendiri.
Dari pandangan golongan yang tidak pernah kenal akan kehidupan kami mereka akan berpendapat kami bukanlah keluarga yang bahagia. Sebagai contoh ibu saya pernah memanggil saya dengan gelaran "kau" (zi, kau tak nak ker ajak kawan-kawan kau datang rumah ni), pernah juga "awak". (zi, awak gi ah jumpa jiran-jiran skali skala beramah mesra siket nanti orang cakap awak sombong). Pada pandangan umum sememangnya orang akan melihat sebagai tidak sopan ....... tetapi nak buat macamana. Sudah itu kehidupan kami. Saya pun tidak pernah terasa dengan panggilan-panggilan seperti itu, malah saya menganggap ibu saya ini sporting . Senang untuk beramah mesra, dan selalu bertegur sapa. Tidak sombong dan tidak pernah berfikiran negatif (kecuali kalau waktu memerli), akan memarahi saya jika saya down (bencikan putus asa, bencikan pemikiran negatif), Sentiasa dalam fikiran (Saya boleh!!!), pantang kalau langgar sunnah Rasulullah (pengaruh Wahabi, bagus ah). Pentingkan akademik anak-anaknya. Ingin anaknya yang bongsu menjadi arkitek tetapi anaknya yang bongsu enggan kerana ingin mengambil jurusan perubatan dengan alasan tiada lagi pakar perubatan dalam keluarga Mokhtar Ahmad. Lalu beliau terpaksa mengalah dan membiarkan anaknya yang bongsu memilih hala tuju hidupnya. (wahahahahahahaha menang juga akhirnya). Berusaha sedaya upaya mempengaruhi anaknya yang bongsu agar mengikutinya dalam menjadi golongan Wahabi. Namun anaknya bongsu mengemukakan alasan untuk menuntut ilmu dahulu sebelum terpengaruh dengan perkara-perkara yang kita tidak biasa, apabila ilmu dah banyak sikit baru saya pikir-pikirkan samaada saya ingin menyertai ibu atau tidak. (Ibu memahami kehendak anaknya lalu membiarkan sahaja anaknya menuntu ilmu dahulu. Lebih baik mengkaji daripada taklid). *Dalam hal ini tiada yang kalah dan tiada yang menang.
Apa-apa pun yang orang pandang keluarga tetap keluarga, Ibu tetap ibu dan anak tetap anak. Adab tetap dijaga......
Ucapan untuk ibu: Walaupun kita saling beselisih pendapat saya tetap sayang ibu ~^_^~
Ya Allah sejahterakanlah ibuku. Pulihkanlah penyakitnya. Gantikanlah buah pinggangnya yang sudah sekian lama rosak. Aku tidak sanggup melihatnya selang sehari berulang-alik ke pusat dialisis untuk mencucui darah. Ampunilah segala dosanya. Amiin Ya Rabbal 'Alamiin......
HAPPY MOTHERS DAY
*walaupun hari ibu dah lepas tapi hakikatnya setiap hari adalah hari ibu....... wahahahahahahahahaha

2 Indignations:
Nice picture of Abah and Mama... :)
Love them too...
Listen to Mama okay... and do help around the house... jangan main game je ;)
hahaha .... don worry I will ~^_^~
Post a Comment