THUNDAGA

My Photo
"It is He who does show you the lightning, by way both of fear and hope: it is He who does raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain! Nay, thunder repeats His praises, and so do the angels, with awe: He flings the loud voiced thunderbolts, and therewith He strikes whomsoever He will. Yet these (are the men) who (dare to) dispute about Allah, with the strength of His power (supreme)! [ar-Ra'd: 12-13]

Tuesday, January 26, 2010

Da'ie VS Musuh-musuhnya

Puji-pujian ke atas Allah s.w.t atas segala nikmat yg dikurniakan
Selawat dan salam atas junjungan kita Rasulullah s.a.w

Sesungguhnya~~~

Allah Ghaayatuna
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Qur'an Dusturna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fi Sabilillah Asmaa Amaaniina


Selayaknya kehidupan da'ie dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Adalah sunnah golongan yang berjuang di jalan Allah ini kehidupannya dicampuri dengan pelbagai kesusahan yang sememangnya menguji sejauh mana mereka boleh terus tsabat dalam perjuangan mereka.

"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji lagi? Seseungguhnya Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta"
(al-Ankabut: 2-3)

Sebagai seorang da'ie, mereka akan diuji dengan kewujudan beberapa musuh....... mereka seharusnya bersedia mengahadapi 5 musuh ini:

1. Mu'min yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Para du'at haruslah berhati-hati dan menyiapkan bekalan yang cukup bagi menghadapi 5 musuh ini...... Seandainya bekalan mereka cukup, nescaya mereka dapat mengatasi segala rintangan dan halangan dengan selamat.

1. Mu'min yang dengki kepadanya:

Berpunca daripada penyakit hati..... penyakit ini jika dibiarkan berlarutan akan mengikis iman seorang mu'min sehingga mengakibatkan mereka futur atau terpesong atas landasan yang sebenranya.

Para du'at yang hebat, masyhur, dan berbakat sering menjadi "target" untuk seseorang mu'min itu dengki kepada mereka..... golongan pendengki merasa hasad dan iri hati terhadap kelebihan yang dimiliki para du'at..... mereka sentiasa menunggu dan mencari kesalahan yang akan dilakukan oleh para du'at agar imej
mereka dijatuhkan.

" Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya"

(Ibnu Mu'taz)

Sejarah telah merakamkan betapa buruknya sifat dengki ini yang boleh menyebab hati kita berkarat serta mendorong kepada permusuhan. Pengajaran boleh diambil dari kisah Qabil yang membunuh saudara kandungnya Habil. Akibat tidak mampu mengahwini calon pilihannya, Qabil berasa iri hati lantas terdorong untuk membunuh Habil.

Imam al-Ghazali, di dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin telah menyimpulkan beberapa faktor yang boleh menimbulkan persaan dengki:

1. Perasaan permusuhan dan kebencian
2. Mersa diri mulia
3. Takabbur
4. 'Ujub
5. Takut terlepas sesuatu ganjaran atau habuan
6. Ghairah menjadi ketua dan mencari populariti
7. Busuk hati

Sememangnya banyak firman Allah serta hadis Rasulullah yang menerangkan akan keburukan serta 'azab yang akan ditimpa golongan pendengki...... maka wajarlah bagi seorang mu'min itu bermuhasabah dan sering memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada sifat ini.

2. Munafiq yang benci kepadanya:

Golongan ini memanga akan sentiasa ada dimana-mana dan dapat dilihat dalam zaman apa pun sejarah tidak sunyi dari kewujudan mereka.

Kebiasaannya golongan munafiq ini akan menimbulkan fitnah dan sering menjadi punca kepada perpecahan kalangan ummah. Golongan munafiq ini juga didorong oleh pertimbangan untuk merangkul kepentingan duniawi.

Ciri2 munafiq:

1. Berdusta bila berkata
2. Mungkir bila berjanji
3. mengkhianati amanah

Bahayanya golongan munafiq ini kerna mereka merupakan faktor utama dalam perpecahan barisan jema'ah Islam.

Bagi pemahaman yang lebih lanjut tentang bahayanya al-Munaafiqiin ini maka, dinasihatkan agar anda bertadabbur surah al-Munafiqun.

Adalah menjadi kewajipan setiap da'ie bertindak membendung bencana ini daripada terus menular.

"Tipudaya jahat tidak akan menimpa kecuali diri penipu itu sendiri" (Fatir: 43)

Mohonlah bantuan Allah demi menghadapi bencana helah munafiq ini.

3. Kafir yang memeranginya:

Lebih dikenali sebagai penyokong kebatilan serta dijadikan oleh syaitan tentera meraka dan alat untuk menghancurkan umat Islam.

"Syaitan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itu penyokong syaitan. Ketahuilah, bahawa penyokong syaitan itulah golongan yang rugi".
(al-Mujadilah: 19)

Terdapat banyak kisah yang dirakamkan dalam sejarah bahawa umat Islam dan orang kafir saling berperang. Pertarugan ini telah berlanjutan sejak sekian lama.

Dapat dilihat bahawa tentera kebatilan ini sanggup melakukan apa sahaja demi menghancurkan golongan yang berpegang teguh dengan ajaran kebenaran.

Mereka menafikan kebenaran dengan mengatakan bahawa merekalah yang benar. Seanagkan pada hakikat sebenar mereka terpesong jauh.

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, namun Allah pasti menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci orang2 kafir".
(as-Saff: 8)

Cabaran bagi para du'at untuk menghadapi peperangan yang sememangnya sengit. Ia tidak akan berakhir sehinggalah tibanya hari kiamat. Kemungkinan ada dikalangan kita yang akan gugur, mungkin ada juga yang akan berpaling arah, dan mungkin ada yang akan tetap terus berhadapan mengukuhkan kebenaran. Walauapapun yang akan dihadapi, yakinlah dengan sabda Rasulullah (mafhumnya):

"Jalan ke syurga dihampiri oleh kesulitan/kesusahan, manakala jalan ke neraka dihampiri oleh tarikan nafsu syahwat".
(Rawahul Muslim, Ahmad wa at-Tirmizi)


Bersambung
~~~~~~~~~~
~^_^~



0 Indignations: