THUNDAGA

My Photo
"It is He who does show you the lightning, by way both of fear and hope: it is He who does raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain! Nay, thunder repeats His praises, and so do the angels, with awe: He flings the loud voiced thunderbolts, and therewith He strikes whomsoever He will. Yet these (are the men) who (dare to) dispute about Allah, with the strength of His power (supreme)! [ar-Ra'd: 12-13]

Wednesday, January 13, 2010

Ghuraba'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillahi rabbil 'alamin
Wassalatu wassalamu 'alal asyrafil anbiya'i wal mursalin
Wa 'ala aalihi wa sohbihi wabarik wa sallim

Bersyukur dengan limpah kurnianya kita dikurniakan Allah dengan pelbagai nikmat. Kehidupan yang dilalui manusia setiap hari tanpa disedari telah dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan oleh al-Khaliq...

Kali ini suka saya ingin berkongsi sebuah hadis yang saya rasa patut kita (umat akhir zaman) berfikir tentangnya...

"Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda (yang bemaksud): Islam bernula dalam keadaan terasing, dan ia akan kembali dalam keadaan terasing. Maka berbahagialah orang-orang yang terasing"

(Riwayat Muslim)

Mengikut pendapat Tuhfah al-Ahwazi beliau menerangkan bahawasanya golongan yang terasing ini mengecapi kebahagiaan kerana mendapat ganjaran atas kesabaran menghadapi kesusahan ketika berada dalam keadaan terasing.

Realiti umat sekarang ini kita dapat lihat memang agak suakr untuk mengamalkan Islam itu sendiri apatah lagi untuk menunjukkan kebanggaannya sebagai seorang Islam (mane tak nye, tgk sendiri ah perangai org Islam sekarng camne)

Daripada hadis di atas suka saya berkongsi sebuah kisah yang berlaku kepada seorang ikhwah:

kisah ini berlaku di dalam LRT......... ketika ikhwah tersebut sedang duduk menunggu di dalam LRT untuk sampai ke destinasi yang hendak ditujui, beliau mengisi kekosongan waktu dengan membaca al-Qur'an..... maka nak dijadikan cerita datanglah seorang pakcik ni tak pesal-pesal datang dekat ikhwah ni tanya: "adek baca qur'an kt sini nk mintak sedekah ke?"....

Kalau aku ade waktu tu memang terus aku sound...... nampak orang baca qur'an terus nampak peminta sedekah. Ingat orang mintak sedekah saja boleh baca qur'an.

Lihat bagaimana susahnya nak amalkan islam sekarang. Baca qur'an je kot. Belum lagi pakai jubah, serban. Cubalah try pegi KLCC ke megamall ke, atau tak perlu pergi jauh2 pun kedai runcit belakang rumah dengan pakaian ikut sunnah macam Rasulullah. Paling kurang pun mesti orang label "ustaz".

Para pembaca sekalian,

kita kini hidup di sebuah zaman yang manusianya diperangi..... diperangi???...... yaaa diperangi pemikirannya ataupun dikenali sebagai ghazwul fikr (pengaruh daurah ah ni). Kebiasaannya media massa merupakan senjata terulung dalam perang ini. "Those who control the media control the people".

Apabila masyarakat lebih cenderung ke arah barat dan lebih berminat dengan budaya mereka.

contoh simple: pakaian
*Yang muslimat kononnya nak cukup syarat tutup aurat pakai tudung ah... tengok2 tudung jarang..... nak lagi best tudung dah ok sikit (walaupun singkat) tapi pakai t-shirt.... kelakar pun ade sedih pun ade. Kelakar sebab pakai tudung takde beza pun kalau tujuannya ingin menutup aurat. Lebih baik tak yah pakai tudung. Apa2 pun ko kena bakar gak (na'uzubillahi min zalik). Sedih sebab mungkin orang2 ni kefahamannya tentang Islam itu cetek. Maka jadi tanggungjawab orang yang paham tentang Islamlah untuk memahamkan mereka. Jadi, mana perginya orang2 yang paham tentang Islam ni???? takkan nak sedih jer, lepas sedih, sedih, lepas sedih, sedih lagi, pastu sedih, haaa sedih ah sedih ah gi ah sedih..... pastu????

Satu lagi kisah yang diceritakan rakan saya. Ketika mereka berjaya memasuki pertandingan bola sepak peringkat mssd (agaknye, mintak maaf tidak ingat).......

diceritakan pasukan mereka sahaja yang bermain bola mamakai seluar panjang (bawah lutut). Manakala pasukan lain pakai seluar pendek (atas lutut)..... bende tu memang biase ah kita lihat..... memang masyarakat kurang kisah atau taknak kisah ah tentang bende tuh. Yang rase panas nye (aku ah rase panas tak tau ah korang panas ke tak).... apabila tiba waktu zohor dan seruan Allah menyeru kita untuk bersykur kepadanya, maka pasukan rakan saya menyahut seruan itu dan beribadahlah mereka di padang bola tersebut....... tempat tuh memang takde surau ah agaknye..... lalu pasukan lain melihat akan kegiatan yang dilakukan pasukan rakan saya..... maka pelbagai andaianlah yang dilontarkan....... "sah ker solat diorang??", "ni ajaran ape ni solat kat padang", "padang ni bukan kotor ker kite dah pijak2".... (agak2 nye andaian nye camtu ah)

haih...... takpelah, sesungguhnya mereka tidak memahami. Apa yang saya pelajari tempat solat di mana2 saja kecuali di: kandang, kubur, tandas dan yang setempat dengannya......

jadi bolehlah kita ambil ibrah (pengajaran) dpd kisah2 di atas.... memang jujur saya cakap Islam itu tidak dipandang sebagai satu "way of life". Ia lebih kepada nama saja.

Umat kini diibaratkan buih yang terapung di lautan..... bayangkan buih...... buih.... sentuh sket "pop" pecah.... sentuh je kot....

Jadi saya mengajak untuk kita sama-sama muhasabah diri kita

"Jika kamu ingin membina sebuah negara Islam, maka binalah negara Islam di dalam diri kamu dahulu" - Mustapha Masyhur (mafhumnya/ lebih kurang maksudnya)......

mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan (biase ah, kita semua manusia)
sebarang perkongsian boleh ditulis di dalam ruang panahan... sile2

sekian,
wassalam

6 Indignations:

ammo said...

nice

amin.mh said...

al-barq.
teruskan al-barq!!

~al-Barq~ said...

kamu juga begitu ..... go amin!!!!!!!

Auzaie said...

panahan sekiranya tepat,
menuju hati-hati begitu..
lalu apa harus kita perbuat?
jadilah kaum yg beramal,ayuh!

pakcik said...

Assalamualaikum,

tah macam mana boleh sampai blog ni, nice....but very dangerous. sorry to say. u either can view my opinion then delete or publish it.

if u r as your age mentioned (18), that explained why ur way of thinking make me smile and feel sad.

apa-apa pun i just want to "panah" (that what u call) few thing so that we can apply the meaning of surah al-as among us and start building the Islamic government in our self.

+"adek baca qur'an kt sini nk mintak sedekah ke?".Kalau aku ade waktu tu memang terus aku sound......

-kalau i ade kat situ i akan senyum.
-kalau jadi budak tu i akan kate
"ye, kat mane pun baca quran juga mintak sedekah"
-kalau i jadi pakcik tu i sedekah kat die.

just i dont know ape tujuan pakcik tu, ape pikir budak tu and ape pikir org lain kat situ. tak pandai nak agak-agak.

ye betul islam itu gharib, dan benar juga dia akan kembali gharib dan beruntunglah mereka yang gharib.
-hadith ini amat dalam, why? ok let see....
uwais al qarni tidak ada kena mengena dengan islam pada hayatnya. melainkan Rasul yang memuliakannya. siapa dia uwais? orang fakir biasa yang agak pelik pada pandangan org umum.

macam mana nak kaitkan perkara diatas? try la.

+"Paling kurang pun mesti orang label "ustaz"."

siapa yg merendahkan label ustaz tu? dari apa yang saya lihat....kamu. salahkah kalau org label kamu ustaz?
kalau saya.....saya nak, sebab label ustaz bagi orang umum ini meletakkan definisi seorang yang alim dalam islam. tak cukup bagus ke......atau nak tukar ustaz tu dengan panggilan al-syeikh?
terimalah dengan berkata "alhamdulillah dan insyaAllah"
alhamdulillah atas doa & pandangan baik orang itu kepada kita, dan insyaAllah moga Allah kabulkannya.

tapi soalannya nak ke pergi ke kedai dengan pakaian yang akan org label "ustaz" kerana nak label gruraba', dan macam tu ke ghuraba' u know what i mean. cumanya yang selalu berlaku....onway nak gi solat or kuliah dengan pakaian sunnah singgah ke kedai membeli roti. coincident.

+Kebiasaannya media massa merupakan senjata terulung dalam perang ini. "Those who control the media control the people"

-tell me kat rumah u takde tv and u tak tengok tv then i'll be proud.

+nak lagi best tudung dah ok sikit (walaupun singkat) tapi pakai t-shirt.... kelakar pun ade sedih pun ade. Kelakar sebab pakai tudung takde beza pun kalau tujuannya ingin menutup aurat. Lebih baik tak yah pakai tudung. Apa2 pun ko kena bakar gak (na'uzubillahi min zalik). Sedih sebab mungkin orang2 ni kefahamannya tentang Islam itu cetek.

-i do not understand why wrote that(sad). i can assume, but i just want u to recall what u wrote now another 5 years later.

ok la, thats all... . actually banyak sgt lagi, but i'm waisting my time to much on u (if u don't get it).

do visit me at pakcikpikir.blogspot.com

~al-Barq~ said...

terima kasih pakcik..... saya akan terima komen ini sebagai muhasabah dan akan memperbaiki diri saya...... perasaan marah dan panas sepatutnya perlu dikawal..... insyaallah selepas ini saya akan lebih berhati-hati.. (nampaknye makin ramai org umum membaca blog saya)

p/s: panahan yg paling hebat pernah terkena...... macam ni baru bagus