Maka ini merupakan risalah saya kepada saudara para mujahidin dalam kalangan Ikhwanul Muslimin. Mereka meyakini dengan ketinggian dakwah mereka dan kesucian fikrah mereka dan mempunyai tekad yang tulus untuk hidup dengannya atau mati di jalannya. Kepada mereka (Ikhwan) dihadapkan kata-kata ini, dan ia bukanlah pelajaran yang perlu dihafal tetapi ianya adalah manual pelaksanaan (mesti dilaksanakan). Ayuhlah ke medan amal saudaraku yang tulus.
( Dan katakanlah: Berkerjalah kamu, maka Allah akan melihat kerja kamu, begitu juga rasulNya dan orang-orang beriman. Dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Mengetahui perkara-perkara ghaib dan nyata, maka Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan) [ at-Taubah: 105 ]
( Dan sesungguhnya, inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah, dan jangan ikut jalan-jalan lain yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya, Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa)
[al-An'am:153 ]
Adapun selain mereka, maka untuk mereka diajar, ceramah-ceramah dan buku-buku dan tulisan-tulisan dan syair-syair dan pentadbiran-pentadbiran dan untuk setiapnya mempunyai arah tuju untuk ia mencapainya. Maka berlumba-lumbalah ke arah kebaikan (berkerja) dan setiapnya dijanjikan Allah kebaikan
Salam serta rahmat dan keberkatan Allah untuk kamu semua."
-Hassan al-Banna (mafhumnya)-
Mohon maaf sekiranya terdapat sedikit kesilapan atau kelemahan (kemahiran menterjemah dan menyusun ayat Bahasa Arab yang sangat rendah dan perlukan banyak latihan lagi)....
Jadi,
Limaza Arkanul Bai'ah ( dengan maksud, kenapa kena laluinya) ??? (Anda boleh tentukan jawapannya)
Wasalam
~^_^~
p/s: tujuan sebenar entri ini untuk latih terjemahkan balik apa yang dah dapat serta ingin berkongsinya.... pengajarannya anda boleh tentukan dan harapnya agar anda gunakannya untuk memantapkan fikrah anda.

3 Indignations:
padan lah macam kenal saja
^^
salin blk drpd buku kn?
salin blk ape yg dh disalin ah.....
Post a Comment