THUNDAGA

My Photo
"It is He who does show you the lightning, by way both of fear and hope: it is He who does raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain! Nay, thunder repeats His praises, and so do the angels, with awe: He flings the loud voiced thunderbolts, and therewith He strikes whomsoever He will. Yet these (are the men) who (dare to) dispute about Allah, with the strength of His power (supreme)! [ar-Ra'd: 12-13]

Tuesday, February 2, 2010

Da'ie VS Musuh-musuhnya (Sambungan)

4. Syaitan yang menyesatkan:

Sememangnya merupakan musuh utama bukan sahaja bagi para da'ie bahkan bagi semua manusia. Kelebihannya menipu, menimbulkan keraguan dan syak dalam hati manusia serta meransang kejahatan dalam diri manusia sememangnya patut diberi perhatian.

Jika dibandingkan dengan musuh2 yang sebelum ini, mereka tidaklah begitu mengancam daripada musuh yang utama ini. Selagi da'ie tersebut masih mampu mengawal hawa nafsu serta tidak tunduk kepada kehendak syaitan, ia masih selamat berada di atas landasan yang benar.

Sejak penciptaan manusia yang pertama, Adam 'alaihissalam iblis dengan takkabburnya enggan menuruti perintah Allah s.w.t dengan beralasankan sumber penciptaannya lebih hebat berbanding sumber penciptaan manusia. Lalu terlakanatlah iblis dan terkeluarlah ia dari syurga. Maka bersumpahlah ia akan menyesatkan seluruh umat manusia. Namun...........:

"Demi kemuliaanMu (Allah) akan aku perdaya mereka (anak Adam) semuanya kecuali para hambaMU yang ikhlas dalam kalangan mereka. Allah menjawab: Yang hak dan yang benar Aku katakan: "Aku akan penuhkan neraka jahannam dengan (diri)mu dan sesiapa dari mereka yang menurutmu; semuanya.
(Sod: 82-85)

Ikhlaskanlah hati anda nescaya anda akan selamat. Sesungguhnya manusia itu tidur dan syaitan itu sentiasa berjaga, berusaha menyesatkan setiap sudut dalam diri manusia.

Dari mana syaitan menyelinap???:

1. Marah
2. Nafsu syahwat
3. Tergesa-gesa
4. Hasad dengki
5. Kikir - kedekut - takut akan kemiskinan
6. Takabbur
7. Buruk sangka terhadap Muslimin yang lain

Bagaimana menyekat laluan syaitan????:

Sentiasalah memohon perlindungan Allah s.w.t. Seseorang itu wajarlah baginya sentiasa bersama-sama dengan Rabbnya, Maliknya, Ilahnya. Tidak ada cara lain hanyalah dengan mendekatkan diri, sentiasa mengingati Allah s.w.t, menyempurnakan ibadahnya dan amal solehnya. Maka, oleh yang demikian, yakinlah dengan kekuasaan Allah bahawa anda pasti akan dilindungi.

5. Nafsu yang merangsangnya:

Sememangnya antara musuh yang agak sukar untuk ditewaskan. Hal ini demikian ia berada dalam diri kita sendiri. Nafsu ini sekiranya tidak mampu ditundukkan maka ia akan menundukkan kita lalu mengakibatkan diri kita futur dan tewas di bawah pengaruh nafsu.

"Musuh dirimu yang paling besar ialah nafsumu sendiri yang dicelah lambangmu"
(mafhum hadith)

Perkara asas yang perlu diketahui oleh para da'ie ialah bahawa mereka perlu memperbaiki diri mereka dahulu sebelum mereka memperbaiki orang lain. Selayaknya mereka bermuhasabah, mengubah, dan menyempurnakan segala kekurangan pada diri mereka agar sebarang fitnah dalam da'wah dapat dielakkan. Berlaku ihsanlah terhadap dirimu dahulu sebelum kamu berlaku ihsan terhadap orang lain.

"Sesiapa yang menjadikan pemimpin orang lain, maka hendaklah ia mulai dengan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Asuhannya terhadap orang lain biarlah dengan perilaku sebelum dengan tuturkata. Orang mengajar dan mengasuh diri sendiri lebih berhak dimuliakan/dihargai dair orang yang mengajar dan mengasuh orang lain"
('Ali Ibnu Talib Karamullahu Wajhah - mafhumnya)

Seorang da'ie itu seharusnya 'abid dan bersifat rabbani. Penuhilah hati anda dengan dua perkara ini.

Hidupkanlah hati anda dengan zikrullah, bacaan al-Qur'an, dan ibadah serta amal soleh. Maka, mereka akan menjadi kuat dan berani menyatakan yang hak. Tidak gentar dan tidak taku melainkan kepada Allah. Mereka lebih mentakuti Allah dari segala-galanya.

Beberapa pedoman untuk mereka yang ingin mencontohi jejak langkah orang yang tinggi maratabat ruhaniyyahnya serta yang ingin mencapai darjat Rabbaniyyin:

1. Zikrullah
~ Menghapuskan karat di dalam hati
~ Jihad Fi Sabilillah pun tidak mampu menandinginya (Riwayat al-Baihaqi)
~ Benteng yang dapat menyelamatkan diri daripada syaitan laknatullah
~ Kalimah Laa Ilaaha Illallah timbangan yang paling berat (Riwayat an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2. Muraqabatullah
~ Hati mereka peka akan kehendak Allah dan bukan kehendak diri sendiri.
~ Sedarlah bahawa: a) Sesuatu yang jelas baiknya dan wajar, maka hendaklah dituruti.
b) Yang jelas buruknya dan merugikan, maka hindarilah ia.
c) Sesuatu yang kabur (tidak jelas), maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.

3. Berjihad Melwan Nafsu
~ Riadahnya: a) sedikit makan
b) sedikit tidur
c) Bercakap sekadar perlu
d) sabar menanggung gangguan orang lain
~ Sibuklah dengan dosa sendiri daripada sibuk dengan dosa orang lain. Segeralah memohon keampunan Allah.

* InsyaAllah sekiranya da'ie mampu berjuang menentang serta menundukkan nafusnya, maka di medan2 yang lain ia berpeluang besar untuk memperoleh kemenangan. Walaubagaimanapun sudah jelas perjuangan ini bukanlah mudah dan harus dilalui secar berperingkat. Maka wajarlah untuk seorang da'ie itu sentiasa berwaspada terhadap pujukan nafsu agar diri terselamat daripada tipu dayanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Oleh itu, marilah kita menilai dan menghitung diri kita sebelum kita benar2 dihitung. Hari ini merupakan hari beramal; tiada hisab. Esoknya (qiamat) ialah hari hisab; tiada lagi beramal.
Sentiasalah memohon sejahtera dan aman dari kehinaan di dunia dan 'azab akhirat.

Wallahualam
~^_^~

0 Indignations: