Apabila kita bercakap tentang "Da'ie", perlu difaham bahawa mereka merupakan golongan yang berkerja. Setiap amalan mereka semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Maka, bukanlah tugas mereka menghukum seseorang atau menetapkan sesuatu hukum pada perkara2 tertentu. Mereka hanya berkerja menyeru umat manusia kepada kebenaran. Tugas mereka adalah menyelamatkan manusia daripada larut terus hanyut dalam arus jahiliyyah.
Jadi tiada perlunya menilai seseorang berdasarkan paras rupa mereka. Jika seseorang itu dipandang oleh masyarakat sebagai "tidak berguna" atau "sampah masyarakat", maka para da'ie memandang mereka sebagai peluang untuk mengajak mereka kembali kepada landasan sebenranya seterusnya mengajak mereka bersama-sama dalam perjuangan menegakkan Islam.
Itulah konsep yang perlu ditanam dalam setiap diri para pendakwah. Ya! memang benar, kita benci kepada kemungkaran yang berleluasa dalam kalangan masyarakat kita, kita benci melihat pelbagai masalah yang berlaku, pelbagai konspirasi, kontroversi dan sebagainya. Namun, apa yang dibenci bukanlah orangnya tetapi kemungkaran yang dilakukannya.
Sesungguhnya, para pendakwah seharusnya berasa belas kasihan terhadap golongan jahiliyyah yang melakukan kemungkaran2 itu. Mereka benci kepada kemungkaran itu dan cuba menyelamatkan masyarakat daripada melakukannya. Maka, perlunya mereka berdakwah dengan kasih sayang serta berhikmah.
Berbezanya dengan Qadi yang memberi hukuman terhadap sesuatu perkara. Mereka menyatakan itu haram dan ini halal. Mereka menghukum orang itu bersalah dan orang ini tidak bersalah. Itulah tugas mereka. Mereka ditugaskan melakukan sedemikian kerna mereka mempunyai kelayakan2 tertentu. Itu merupakan kelebihan mereka dan kita seharusnya mengakui akan perkara itu.
Jadi bagi kita yang kurang berkelayakan ini, tugas kita hanya melakukan kerja. Tidak perlulah banyak prsoalan. Lakukan sahaja kerja iaitu menyeru manusia kepada Islam. Istilah "tidak cukup ilmu untuk berdakwah" bukanlah alasan untuk kita tidak melakukan kerja.
Ketahuilah! dakwah itu halus, ia merupakan seni. Pelbagai cara yang anda boleh lakukan. Mulakanlah dengan diri anda. Binalah negara Islam itu didalam diri anda, nescaya akan terbinanya negara Islam yang kita impi2kan selama ini.
Mulakan dari sekarang!
Nahnu Du'at Wa Laisal Qudat

2 Indignations:
BRAVO!!!
kalau pergi RMC ade satu company tu name die company BRAVO
Post a Comment