Apabila ditanya: "Apa yang hebatnya al-Amin?? Fasilitas terok, Air kadang2 ada kadang2 tiada. Meja2 kelas berconteng, pintu2 tandas dah repair rosak balik, alatan makmal ade yang rosak dan kurang berfungsi, pelajar2nya (bukan semua) ade yang huhahuha"..... Jadi apa yang bagus sangat al-Amin ni???
Maka yang dijawab: "Sudah tentulah guru-gurunya. Ketahuilah guru2nya bukan calang2 guru. Tidak semua orang mampu menjadi guru al-Amin. Gaji mereka yang rendah, kerja lebihan masa (night class, holiday class). Sememangnya tugas para guru ini sangat mulia dan hanya boleh dipikul bagi mereka yang jelas matlamatnya serta mempunyai ketabahan yang luar biasa. Berapa ramaikah guru2 yang mengajar sains dalam masa yang sama mampu menghafal al-Quran? Pernahkah kita lihat guru yang mengajar Pendidikan Islam dalam masa yang sama ia juga mengajar Kimia ataupun yang mengajar Matematik tetapi ia juga mampu mengulas hadis2??? Di al-Amin terdapat guru2 sebegini. Malah, Pembantu Makmalnya sekalipun boleh membawa usrah sedangkan beliau hanyalah seorang pembantu makmal. Jika dikaji latar belakang para guru al-Amin ketahuilah mereka berpendidikan tinggi, belajar sehingga ke luar negara, berpeluang berkerjaya sebagai seorang yang lebih lumayan gajinya. Tetapi akhirnya, mereka memilih guru sebagai kerjaya mereka".
Kerja mereka yang suci itu tidak dicemari dengan kotoran2 seperti berkepentingan, tidak ikhlas, riak dan segala yang berkaitan dengan mazmumahnya. Mereka tidak mengharapkan hadiah. Tidak inginkan terima kasih, penghargaan, pangkat dan yang berkaitan dengannya. Tapi apa yang mereka inginkan, adalah melihat anak didik mereka menjadi pewaris, pendongkong, pembela agama Islam. Meneruskan risalah yang diperjuangkan oleh baginda, Muhammad s.a.w. Menjadi produk al-Amin yang dikatakan Soleh Wa Musleh. Saya pasti! Itulah apa yang mereka harapkan. Mereka meyakini balasan Allah lebih lumayan daripada harta, gaji, penghargaan, pangkat, pujian dan seterusnya. Seperti kata2 Ust Uthman "Kita datang ke sekolah ini niat untuk mendapat keredhaan Allah". Walaupun kata2 itu ditujukan kepada murid2 dihadapannya tetapi saya meyakini guru2 juga berniat sedemikian, kerna hakikatnya keredhaan Allah lah matlamat kita semua.
Ya! memang benarlah kelebihan al-Amin bukanlah pada kecanggihan infrastrukturnya tetapi pada keberkahan guru2nya. Tidak perlu diungkapkan lagi betapa banyaknya pengorbanan serta jasa golongan pendidik ini. Sememangnya saya cukup bersyukur Allah s.w.t mengurniakan pendidik yang dapat membimbing bersama-sama menuju keredhaanNya.
Kini kedengaran para guru veteran semakin menghampiri pengakhiran mereka mengajar di al-Amin. Buat para junior, hargailah saat2 anda dengan mereka. Hormatilah mereka, sayangilah mereka. Ilmu yang tiada berkatnya tidak akan kemana.
Sekalung penghargaan buat mereka ('09):
1. Ust. Ayub - Pend. al-Qur'an & as-Sunnah - "Buat kerja mesti sungguh2 kelas, nak berjaya mesti sungguh2"
2. Cg Zaimah - Pend. Syariah Islamiyyah - "Ulangakaji buku PSI, sesiapa yang buat kerja lain waktu ni ustazah tak redho"
3. Cg Wasitah - Bahasa Melayu - "Cikgu nak kamu semua sebagai pelajar Islam tolong tunjukkan ciri2 pelajar Islam. Jumpa cikgu bagi salam. Ni tak bagi salam muke sombong, macamane nak dapat keberkatan ilmu tu??!!!"
4. Ust Aziz - Bahasa Arab Tinggi - "Ustaz tak malu mengatakan ustaz tak tahu. Imam Malik, 10 soalan yang ditanya hanya satu sahaja yang dijawab. Betapa tawadhu'nya beliau. Jangan sesuatu yang kita tak tahu itu kita mengatakan kita tahu"
5. Cg Rushida - Bahasa Inggeris - "I believe all of you can do the best. So please"
6. Cg Arash - Biology - "Lihatlah betapa luasnya ilmu Allah ini. Pasal plasma membrane je orang dah boleh buat buku beratus-ratus muka surat. Tidak Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia2"
7. Cg Hasnah - Chemistry - "Awak tak ubah diri awak dulu camne cikgu nak tolong awak. If you don't help yourself than I cannot do anything"
8. Cg Azizan - Physics - "Kamu kata susah? Kamu tak cuba dulu"
9. Cg Hawa - Add Maths - "Can or not??!!"
10. Ust Shahrul - Maths - "Segala amal kita untuk sukakan Allah. Camne nk sukakan Allah?? Kita buat kerja nabi"
11. Ust Isharuddin - Sejarah - "Saya yakin anda pasti boleh melakukan yang terbaik kerana sejarah adalah saaaangat senang"
p/s: post ini dibuat beberapa minggu sebelum hari guru yang sebenar..... punye lah lama nk tunggu hahaha.
~Gua rindu sama guru2 al-Amin~

7 Indignations:
salam. saya rindu zaman tu.!
bila baca quote2 guru2, tiba2 terflash back pulak.....
tengkiu for the nice post...well, who said that our salary is low?? infact we r paid the highest salary of all coz not the goverment pays us, but we r paid by Allah...
>>>Rashid.... hahaha nostalgia~~~
>>>ummu ijlal...... yes that's right. your work shall be paid trumendously by Allah~~~
Best2... yg 1st and last sekali tu, tahu tak real, tp n'pak macam real, hebat2, lutsinar..nak buat tu pakai apa ye? Reply di chatbox ana... Klu reply kat sini takut x perasan. Syukron. Bestx2!
Em, maksud ana, vid hr guru tu yg best dan muqaddimahnya serta pntupnya yg kat salji tu(mcm real w'pun hakikatnya tak), pakai software apa ye? Klu blh tanye sape2 tanyalah.. klu x tahu x mengapa...
itu gune kaedah "green screen"..... ana rase akh Rashid mungkin gune software sony vegas....ntah lah cube tnye die
Like this very much... Kreativiti yg soleh.^^
Post a Comment