Bismillah
Dpd Abdullah bin Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Dua nikmat yang ramai maunsia sering terpedaya dengannya; nikmat sihat, nikmat kelapangan" .
-Rawahul Bukhari-
Dpd Sahl bin Saad r.a, seseungguhnya Jibril berkata kepada Nabi s.a.w:
"Kemuliaan orang Mukmin adalah qiamullail, dan keperkasaannya adalah tidak bergantung kepada orang lain" .
-Rawahul Hakim-
Dpd Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam mengawal 'jalan Allah'".
-Rawahut Tirmidzi-
"Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk dijadikan perhitungan waktu. Itulah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui"
(al-An'am:96)
"Dan Kami menjadikan tidurmu untuk istirehat".
(an-Naba':9)
"Dan pada sebahagian malam hari, Bertahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji".
(al-Isra':79)
"Sesungguhnya, bangun malam (bersolat dan beribadat) itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan al-Qur'an pada waktu itu) lebih berkesan".
(al-Muzzammil:6)
Jadi,
apa kena-mengena dengan bola???
Barangkali kita dihebohkan dengan suatu musim yang dikenali sebagai FIFA WORLD CUP 2010 South Africa. Betapa kuatnya pengaruh bola ini sehingga ia mampu mempengaruhi ramai manusia (di Malaysia) untuk bangkit atau berjaga sepanjang malam semata-mata ingin menonton perlawanan bola. Pengaruh yang begitu hebat membuatkan ramai masyarakat begitu bersemangat, mengumpulkan kudrat masing-masing untuk berjaga pada waktu malam. Seolah-olah mereka memiliki suatu kemampuan yang 'luar biasa' yang tidak pernah dimiliki sebelum ini. Jika sebelum ini seseorang itu begitu liat untuk bangun sekitar jam 3-6 pagi, kini musim bola telah memberi motivasi kepadanya untuk bangkit menonton perlawanan yang kuat pengaruhnya itu.
Alangkah baiknya sekiranya kemampuan 'luar biasa' ini, manusia menggunakan ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Beruntunglah golongan pemuda yang banyak menghabiskan masanya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kerna pemuda tersebut pasti mendapat naungan Allah pada waktu dimana tiada naungan lain selain naungan Allah. Golongan pemuda seharusnya bermujahadah, berkorban masa dan tenaga mereka bergerak menyebarkan syiar Islam, menegakkan kalimah Laa Ilaha Illallah. Kerna pada waktu muda inilah ketika itu semangat masih membara, darah masih panas.
Akhir kalam,
tidaklah salah sekiranya ingin menonton Perlawanan Piala Dunia FIFA. Sesungguhnya hiburan itu adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cuma perlu diingatkan bahawa masih terdapat banyak lagi amal-amal yang bermanfaat yang boleh dilaksanakan pada waktu malam dimana ganjaran tersebut Allah telah menjanjikan keampunan, perlindungan, kekuatan, dan banyak lagi. Jadikanlah ibadat itu sesuatu yang menghiburkan juga. Luangkanlah walaupun sedikit, masa untuk berhadap dengan Allah. Semoga yang sikit itulah yang dapat memberi manfaat yang besar di akhirat kelak, Insyaallah.
credits to Rashid & Sultan Studio

1 Indignations:
Likes this video very much..^^ Mantop!
Post a Comment