"Mati itu sekali sahaja, jadi pastikan mati itu mati yang betul-betul kita puas hati"
-al~Barq-
Sahabat sekalian,
Sudah pasti dan pasti kematian itu akan datang [al-Anbiya' : 37]. Maka dengan kita mengingati kematian itu, perlulah terdetik dalam hati satu kesedaran bahawa apa persiapan kita untuk menghadapinya. Jarangnya manusia merancang kematiannya. Kebanyakkan mereka lebih kepada merancang hidup merancang wang. Rancangan mereka khususnya lebih kepada perkara-perkara duniawi dan materialistik. Mereka sangkakan kehidupan kehidupan mereka di dunia ini. Mereka seronok dengan kehidupan dunia ini.
Untuk membalas sangkaan mereka itu rujuklah [al-Ankabut:64]. Dengan mentadabbur ayat ini dapat diketahuilah bahawasanya dunia ini tiada nilai di sisi Allah dan kehidupan kita yang sebenar adalah di akhirat; Dunia infiniti. Masalahnya sekarang kehidupan infiniti ni ada 2 tempat sahaja kita boleh pergi; Syurga atau Neraka.
Kita pernah mengalami demam, pening kepala, ulcer, sakit gigi. Kita mengharapkan dengan tidur dan memakan ubat akan pulihlah segala penyakit itu. Kita mengharapkan dengan hari esok, lenyaplah kesakitan itu. Tetapi hal sedemikian tidak akan berlaku di Neraka. Malah kesakitan itu digandakan. Selama-lamanyalah kita akan merasai kesakitan itu dan janganlah berharap dengan tidur, penyakit itu akan redha. Oh tidak, tidak sama sekali!
Kita juga pernah merasai nikmat kesejukan yang nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa, keadaan tenang, makanan yang lazat, minuman yang sejuk tatkala cuaca sedang panas, keseronokan bermain bola/bersenam/ melancong. Kita mengharapkan agar masa itu berkekalan dan kita tidak perlu pergi ke sekolah/ kerja pada esok hari menghadapi pelbagai stres. Itulah dia sepertimana di syurga. Kamu tidak sekali-kali akan berasa susah dan dilimpahkan dengan segala nikmat yang kamu ingini serta digandakan nikmat itu. Selama-lamanya kamu akan merasai nikmat itu. Tidak perlu risau tentang exam, assignment, quiz, presentation, boss yang pemarah. Hanya keseronokan yang abadi.
Jadi, sudah pasti kita inginkan kehidupan abadi yang penuh dengan kenikmatan itu. Jadi bagaimana inging mencapai kehidupan itu??? Hanya Allah s.w.t yang memberi rahmat kepada hambanya untuk mencapai kehidupan itu. Bagaimana mencapai rahmatnya??? Banyak cara dan cara-cara tersebut tidak lari daripada tujuan asal kita di muka bumi ini (Rujuk entri-entri sebelum ini).
Maka, dengan kematian kita yang hanya sekali inilah peluang terakhir kita untuk mencapai rahmat itu. Sudah tentu mereka yang bermatlamatkan dunia hanya akan berfikir tentang kematian pada saat-saat tuanya. Tetapi tidak bagi KITA. KITA perlu merancang kematian kita agar kematian itulah sumbangan kita yang terakhir untuk melaksanakan tujuan hidup KITA.
Sudah tentu bagi KITA, kita inginkan kematian yang paling gempak iaitu SYAHID FI SABILILLAH. [al-Baqarah:154][ali-'Imran:169]. Sesungguhnya, mati tua di atas katil adalah mati yang sangat tipikal dan membosankan. Kematian kena langgar, penyakit, HIV adalah kematian yang paling tak best bagi aku. Bagi aku, mati dibunuh disebabkan kamu mengatakan LA ILAHA ILLALLAH adalah kematian yang paling cool dan gempak. Orang-orang yang mati dibunuh ini di zaman kehidupan mereka dilalui dengan pelbagai dugaan dan cabaran tapi mereka tidak pedulikan semua hal itu dan teruskan sahaja dengan kerja meraka. Ini adalah sangat cool kerana ia ibaratkan kamu mengatakan kepada seorang diktator: "Gi mampus ah kau! Aku akan teruskan dengan kerja aku dan kerja aku akan berterusan walaupun aku suda tiada".
Aku sering berangan-angan untuk mati dalam keadaan peperangan dimana aku begitu ghairah mencantas kepala-kepala musuh Allah s.w.t sehinggakan tidak sedar sebatang panah telah menusuk diriku dari belakang. Panah itu beracun. Namun, aku meneruskan dengan aktiviti pencantasan sehinggakan tubuhku gugur di atas tanah. Jika ingin bandingkan dengan dunia modern ini, aku dibunuh oleh sniper tatkala tengah menembak musuh-musuh.
Walaupun yang menentukan kematian kita adalah Allah s.w.t. perlunya kita bercita-cita dan merancang kematian kita sepertimana kita ingini sebagai motivasi dan peringatan untuk kita agar sentiasa bersiap sedia serta tidak lari dari fokus asal KITA. Kematian itu ketentuan Allah s.w.t. tetapi adalah sangat best dan sangat bersyukur sekiranya ketentuan Allah s.w.t. itu sama sepertimana kita idamkan.
Moga kita sama-sama berdoa agar Allah kurniakan keadaan kematian yang kita ingini yang mampu mendapat rahmatnya di akhirat kelak. Amin~~~
*Entri ini sempena ulangtahun kesyahidan Dr. Abdul Aziz Rontisi, Mantan pemimpin HAMAS. Moga beliau tergolong dalam golongan syuhada':

0 Indignations:
Post a Comment