Aku lebih suka menulis sesuatu yang straight to the point. Malas nak berbahasa berbunga-bunga tapi orang tak paham. Minta maaf juga tiada video atau gambar-gambar yang menarik untuk tarik perhatian anda. Artikel kali ini aku fokus lebih kepada "heavy reading" jadi bagi yang tidak berminat untuk membaca artikel panjang, boleh skip page ni, pergi ke laman lain. Terima kasih.
Alhamdulillah Allah s.w.t. masih memberi aku kehidupan dan kudrat untuk teruskan menulis apa yang mengganggu pemikiran aku setiap kali sebelum aku nak tidur. Aku pasti beberapa orang daripada kalangan pembaca pernah mengalami situasi ini. Setiap kali nak tidur tiba-tiba terfikir macam-macam. Pusing kiri pusing kanan tak dapat juga tidur sebab banyak sangat berfikir dalam kepala. Ibarat seorang budak yang excited keesokan harinya dia akan pergi fun fair. Pasti budak itu akan banyak berfikir tentang aktiviti-aktiviti yang bakal ia lakukan lalu tidak lena tidur pada malam itu.
Sejak aku masuk ke alam institusi pengajian tinggi ni banyak benda aku pelajari dan secara jujurnya aku cakapkan tiada benda yang lebih bermanfaat yang aku pelajari daripada mengenal orang. Dekat alam U ni lah aku belajar mengenal orang. Sejak dari darjah satu sampai tingkatan 5 aku maintain sekolah yang sama. Tiap-tiap tahun aku akan berjumpa orang sama (pelajar baru tak kira eh), sembang benda yang sama. Pemikiran aku pada masa itu hanya pada satu arah hasil bergaul dengan kelompok yang sama sepanjang 11 tahun.
Jadi setelah aku meninggalkan alam persekolahan aku hanya nampak dunia ni dalam satu bentuk perspektif sahaja. Walaubagaimanapun, aku tetap mengamalkan prinsip terbuka. Aku suka menghormati kepelbagaian "way of thinking" dalam kalangan manusia disebabkan satu ayat ni: [al-Hujurat:13]
Di alam U aku melihat manusia dengan pelbagai ragam. Sebelum ni aku sering memikirkan manusia ni sebagai lambakan-lambakan daging dan kulit yang menyesakkan bumi ni. Networking aku semakin bertambah. Dekat dunia ni aku mempunyai ramai kenalan. Inilah senarai manusia yang aku pernah bersosial:
1. Golongan smoker, bong, dan shisha. Rastafarians~
2. Geng-geng hidup melayu dan keris
3. Set-set hijau dan serban
4. Geng-geng orang yang berpakat untuk rakyat
5. Gerakan salafi
6. Puak-puak tabligh
7. Chinese
8. Indians
9. orang syiah
10. Orang yang berfahaman syiah tapi tak mengaku dia syiah.
11. Sosialists and liberals
12. Gays
13. Perempuan (Kelas TESL ada 5 budak laki je, jadi kalau ada group discussion kadang-kadang berlaku integrasi. Perkara ini tak dapat dielakkan.)
14. Ahli-ahli jemaah dalam NGO (aku sendiri adalah ahli dalam salah satu jemaah)
15. Hizb Tahrir
Kesemua golongan ini mempunyai ideologi dan fahaman masing-masing dan aku suka mendengar pandangan mereka dan menghormati kepelbagaian. Namun dalam semua perbezaan itu ada beberapa perkara yang aku dapati mempunyai kesamaan:
1. Mereka semua menginginkan kebaikan.
2. Mereka bencikan kejahatan.
Inilah common ground yang aku dapati dalam lambakan-lambakan manusia yang aku berinteraksi. Perspektif aku terhadap dunia ni dah berubah. Secara jujurnya, sewaktu zaman muda-mudi (sekolah) dulu aku adalah orang ni:
1.Bakar-bakar bendera
2.Celaka israel laknatullah
3.Mari kita berdemo!
4.Takbir!!!
Jangan salah paham. Don't get me wrong, aku still lagi ada unsur-unsur benda dalam diri aku cuma sekarang ni aku belajar menggunakan/mengalurkan unsur-unsur tu ke arah yang berpatutan. Bukanlah setiapa masa kita perlu bertakbir. Kerna semangat itu akan pudar tapi yang penting adalah asas kefahaman itu.
*Sebelum tu lupa aku nak sebut. Berkenaan dengan semua menginginkan kebaikan dan semua benci kejahatan, itu dari segi konteks Hablumminannas (Hubungan dengan manusia) dan duniawi. Persoalan hablumminallah (hubungan dengan Allah) dan ukhrawi tidak akan dibincangkan di sini. Mungkin article lain jika aku ada masa. Dari segi kehidupan di dunia dan hubungan sesama manusia, golongan yang aku lepak dengan mereka semua menginginkan kebaikan.
Jadi setelah kita mengetahui akan common groundnya, apa salahnya kita berkerjasama dan membantu untuk make this world a better place.
Dan bagi gerakan jemaah islam, kenapa perlu menghentam jemaah islam yang lain? Bukankah semua menghendaki syariah itu ditegakkan? Bukankah KITA punyai matlamat yang sama? Takkanlah disebabkan gerak kerja yang berbeza kita perlu condemn orang lain. Mana perginya ayat [ al-Hujurat: 10] dalam diri kita?
Jemaah-jemaah islam ni aku membayangkan mereka ibarat sebuah supermarket. Di dalam supermarket itu terdapat banyak gerai dan setiap gerai menjual benda yang berbeza. Walaubagaimanapun, dengan keuntungan yang mereka perolehi mereka sama-sama memajukan perniagaan mereka di bawah satu supermarket. Mereka tidak sabotaj dan mengganggu gerai yang lain. Semua sibuk dengan gerai masing-masing agar semua peroleh keuntungan yang besar.
Apa yang aku belajar tentang manusia ni, Allah s.w.t yang Maha Besar lagi Bijaksana telah menciptakan manusia ini pelbagai ragam. Sebab itu wujudnya golongan-golongan yang pelbagai. Sebab itu wujudnya khilaf. Sebab itu wuudnya bermazhab-mazhab. Jadi tak mungkin manusia itu semuanya boleh sama bentuk pemikiran mereka. Kalau tidak, itu bukan manusia tapi robot. Robot en kita boleh programkan semua sama.
Percayalah wahai jemaah islami, bila khalifah diangkat nanti kita pasti akan bersatu di bawah pemerintahannya. Pada ketika itu, baru kita menjadi satu jemaah. Buat masa sekarang tidak perlu kamu sibuk-sibuk akan jemaah lain. Isu-isu sabotaj dan menghukum jemaah lain tidak mencirikan sebuah gerakan islam. Juga isu culik-menculik, berebut-rebut mad'u atau anak usrah. Itu bukan adab dalam ta'addud jemaah.
Jadi raikanlah kepebagaian itu. Kepelbagaian adalah fitrah manusia. Bila ia fitrah manusia, ia adalah sunnatullah.
Aku akhiri dengan quotation daripada Syeikh Abu A'la al-Maududi dalam bukunya Syahadatul Haq:
"Bagi mereka ini, kami ingin seru supaya mereka memilih salah satu daripada tiga pilihan berikut. Tiada pilihan selain daripada yang tiga ini:
1. Jika hati anda merasa yakin dan selesa bahawa dakwah, prinsip, objektif, struktur jemaah kami dan cara berkerja yang kami pilih untuk jemaah dan diri kami ini adalah benar, bersumberkan al-Kitab dan sunnah tanpa dicemar oleh sebarang unsur jahiliyyah; jika anda yakin semua ini dan anda sering mengakui bahawa segala amalan yang telah kami laksanakan dan dakwah kami ini merupakan amalan yang sepatutnya menjadi tumpuan dan objektif utama setiap muslim dan muslimat di seluruh dunia, maka marilah bersama-sama sertai kami untuk membantu kami melaksanakan tugas ini dan bersama-sama kami beramal demi kepentingan anda sendiri di dunia dan di akhirat, dengan izin Allah.
2. Jika anda tidak yakin dengan cara kerja kami dan hati anda tidak terbuka untuk bersama-sama kami, carilah jemaah lain yang berkerja untuk matlamat agama yang sebenar. Carilah jemaah yang berusaha dengan menggunakan cara yang islamik. Gabungkan diri anda ke dalam jemaah tersebut. Bernaunglah di bawah panjinya dan sertailah mereka bersama kerja-kerja mereka. Demi sesungguhnya, jika kami temui sebuah jemaah seperti ini (kami berpuas hati dengan caranya) sudah tentu kami akan turut serta bersamanya. Kami adalah golongan yang amat berusaha untuk berkerja di bawah satu jemaah. Kami tidak mahu sama sekali berkelainan dan berpisah. kami juga tidak mahu sama sekali berpecah.
3. Jika kedua-dua pilihan ini masih tidak sesuai dengan diri anda. Maksudnya jika anda tidak setuju untuk bersama dengan kami dan tidak menemui mana-mana jemaah lain yang memiliki ciri tersebut, bentuklah jemaah sebuah jemaah yang berlandaskan agama yang sebenar, bermatlamat menegakkan agama Allah sepenuhnya dan melaksanakan Syahadah al-Haq melalui perkataan dan perbuatan supaya kita dapat melaksanakan kewajipan islam kita dan kita dapat melaksanakan kewajipan agama kita."
Aku bersykur telah menemui jemaah aku.
wallahualam

3 Indignations:
"O mankind! Lo! We have created you from male and female, and have made you nations and tribes that ye may know one another. Lo! the noblest of you, in the sight of Allah, is the best in conduct. Lo! Allah is Knower, Aware"
nostalgic.haha. ^^
ya.. yang benar, tetap benar. dan apa yg azizi cakapkan ni sungguh benar. setelah berkampung di sekolah yang sama utk beribu tahun (hiperbola), tempurung minda dipecahkan setelah melangkah ke kampus pengajian tinggi.
"dulu semuanya nampak indah&cantik, setelah mengenali dunia luar kini, ia bertambah menarik, walaupun tidak berapa cantik","dulu corak pemikiran sama, kini sudah nampak percambahan berbeza".
Post a Comment