THUNDAGA

My Photo
"It is He who does show you the lightning, by way both of fear and hope: it is He who does raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain! Nay, thunder repeats His praises, and so do the angels, with awe: He flings the loud voiced thunderbolts, and therewith He strikes whomsoever He will. Yet these (are the men) who (dare to) dispute about Allah, with the strength of His power (supreme)! [ar-Ra'd: 12-13]

Wednesday, January 25, 2012

Saya dan Brother"hood"


Bismillah,

Entri kali lebih banyak berkisarkan "hood" daripada brotherhood itu sendiri.

Sesunggunya perkataan brotherhood itu tidak akan lengkap tanpa perkataan "hood".

Mengapa hood? Dan apa kaitannya dengan saya?

Beginilah, ada beberapa sebab yang pakaian yang memilki unsur-unsur hood ini menjadi pilihan. Pilihan kepada pemakaian ini bukanlah sekadar berlandaskan cita rasa, tetapi ianya ada motif yang signifikan mengapa ia dipilih.

Selain membuatkan tuan yang memakainya nampak lebih cool, ada 3 sebab utama mengapa ianya dipilih:


1. Mysterious.


Sebagai seorang yang bergelumang didalam arena DnT (baca: Dakwah dan Tarbiyah) adakalanya kerja-kerja yang dilakukan barangkali akan dipantau oleh SB (Special Branch). Entah ya, entah tidak... kita tidak tahu. Maka, eloknya kita mengambil langkah selamat dengan memakai sesuatu yang yang menehadkan kadar pengecaman terhadap identiti kita. Kerja-kerja yang berisiko tinggi barangkali akan ada golongan SB yang meng-usha kita dan cuba mengenalpasti identiti. Maka, dengan adanya "hood" itu ia akan membantu dalam menyukarkan identiti kita daripada dicam.

2.Hujan

Selain itu, "hood" juga membantu ketika musim hujan. Seseorang yang berjalan memakai hood pada musim hujan akan nampak lebih cool jika ia berjalan secara slow-motion. Ia menambahkan kadar dramatic effect di situ. Bagi yang malas membawa payung, hood sangat berguna dan mudah untuk diaplikasikan. Hanya perlu menyarungkan saja di kepala.


3. Trademark.

"Fahadza Ana". Maka inilah aku. Tidak al-Barq lah jika tiada "hood". Namun, sejak dicampakkan ke Pantai Timur ni, saya mengaku agak kurang memakai "hood". Mungkin kerna suasana yang tidak mengizinkan yang barngkali akan menampakkan diri ini lebih awkward. Tapi begitulah, setiap daripada kita memiliki trademark sendiri. Ada orang gaya rambut, cermin mata, seluar, gaya berdiri, gaya bercakap, etc.... Tapi bagi al-Barq, "hood" lah yang menjadi trademarknya.



Kaitannya dengan brotherhood?

Saya percaya dengan kita memiliki trademark masing-masing, kita belajar untuk bersikap lebih terbuka dan menghormati perbezaan yang ada antara kita. Dengan itu, harapnya ukhuwwah kita akan bertambah mantap. Thy bonds of brotherhood shall not be destroyed.

"Sesungguhnya sebaik-baik ukhuwwah itu adalah ithar (mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri) dan selemah-lemah ukhuwwah itu adalah berlapang dada"
-Hassan al-Banna-


Monday, October 3, 2011

Kepelbagaian itu indah

Salam (malas nak tulis kata-kata aluan panjang-panjang).

Aku lebih suka menulis sesuatu yang straight to the point. Malas nak berbahasa berbunga-bunga tapi orang tak paham. Minta maaf juga tiada video atau gambar-gambar yang menarik untuk tarik perhatian anda. Artikel kali ini aku fokus lebih kepada "heavy reading" jadi bagi yang tidak berminat untuk membaca artikel panjang, boleh skip page ni, pergi ke laman lain. Terima kasih.

Alhamdulillah Allah s.w.t. masih memberi aku kehidupan dan kudrat untuk teruskan menulis apa yang mengganggu pemikiran aku setiap kali sebelum aku nak tidur. Aku pasti beberapa orang daripada kalangan pembaca pernah mengalami situasi ini. Setiap kali nak tidur tiba-tiba terfikir macam-macam. Pusing kiri pusing kanan tak dapat juga tidur sebab banyak sangat berfikir dalam kepala. Ibarat seorang budak yang excited keesokan harinya dia akan pergi fun fair. Pasti budak itu akan banyak berfikir tentang aktiviti-aktiviti yang bakal ia lakukan lalu tidak lena tidur pada malam itu.

Sejak aku masuk ke alam institusi pengajian tinggi ni banyak benda aku pelajari dan secara jujurnya aku cakapkan tiada benda yang lebih bermanfaat yang aku pelajari daripada mengenal orang. Dekat alam U ni lah aku belajar mengenal orang. Sejak dari darjah satu sampai tingkatan 5 aku maintain sekolah yang sama. Tiap-tiap tahun aku akan berjumpa orang sama (pelajar baru tak kira eh), sembang benda yang sama. Pemikiran aku pada masa itu hanya pada satu arah hasil bergaul dengan kelompok yang sama sepanjang 11 tahun.

Jadi setelah aku meninggalkan alam persekolahan aku hanya nampak dunia ni dalam satu bentuk perspektif sahaja. Walaubagaimanapun, aku tetap mengamalkan prinsip terbuka. Aku suka menghormati kepelbagaian "way of thinking" dalam kalangan manusia disebabkan satu ayat ni: [al-Hujurat:13]

Di alam U aku melihat manusia dengan pelbagai ragam. Sebelum ni aku sering memikirkan manusia ni sebagai lambakan-lambakan daging dan kulit yang menyesakkan bumi ni. Networking aku semakin bertambah. Dekat dunia ni aku mempunyai ramai kenalan. Inilah senarai manusia yang aku pernah bersosial:

1. Golongan smoker, bong, dan shisha. Rastafarians~
2. Geng-geng hidup melayu dan keris
3. Set-set hijau dan serban
4. Geng-geng orang yang berpakat untuk rakyat
5. Gerakan salafi
6. Puak-puak tabligh
7. Chinese
8. Indians
9. orang syiah
10. Orang yang berfahaman syiah tapi tak mengaku dia syiah.
11. Sosialists and liberals
12. Gays
13. Perempuan (Kelas TESL ada 5 budak laki je, jadi kalau ada group discussion kadang-kadang berlaku integrasi. Perkara ini tak dapat dielakkan.)
14. Ahli-ahli jemaah dalam NGO (aku sendiri adalah ahli dalam salah satu jemaah)
15. Hizb Tahrir

Kesemua golongan ini mempunyai ideologi dan fahaman masing-masing dan aku suka mendengar pandangan mereka dan menghormati kepelbagaian. Namun dalam semua perbezaan itu ada beberapa perkara yang aku dapati mempunyai kesamaan:

1. Mereka semua menginginkan kebaikan.
2. Mereka bencikan kejahatan.

Inilah common ground yang aku dapati dalam lambakan-lambakan manusia yang aku berinteraksi. Perspektif aku terhadap dunia ni dah berubah. Secara jujurnya, sewaktu zaman muda-mudi (sekolah) dulu aku adalah orang ni:

1.Bakar-bakar bendera
2.Celaka israel laknatullah
3.Mari kita berdemo!
4.Takbir!!!

Jangan salah paham. Don't get me wrong, aku still lagi ada unsur-unsur benda dalam diri aku cuma sekarang ni aku belajar menggunakan/mengalurkan unsur-unsur tu ke arah yang berpatutan. Bukanlah setiapa masa kita perlu bertakbir. Kerna semangat itu akan pudar tapi yang penting adalah asas kefahaman itu.

*Sebelum tu lupa aku nak sebut. Berkenaan dengan semua menginginkan kebaikan dan semua benci kejahatan, itu dari segi konteks Hablumminannas (Hubungan dengan manusia) dan duniawi. Persoalan hablumminallah (hubungan dengan Allah) dan ukhrawi tidak akan dibincangkan di sini. Mungkin article lain jika aku ada masa. Dari segi kehidupan di dunia dan hubungan sesama manusia, golongan yang aku lepak dengan mereka semua menginginkan kebaikan.

Jadi setelah kita mengetahui akan common groundnya, apa salahnya kita berkerjasama dan membantu untuk make this world a better place.

Dan bagi gerakan jemaah islam, kenapa perlu menghentam jemaah islam yang lain? Bukankah semua menghendaki syariah itu ditegakkan? Bukankah KITA punyai matlamat yang sama? Takkanlah disebabkan gerak kerja yang berbeza kita perlu condemn orang lain. Mana perginya ayat [ al-Hujurat: 10] dalam diri kita?

Jemaah-jemaah islam ni aku membayangkan mereka ibarat sebuah supermarket. Di dalam supermarket itu terdapat banyak gerai dan setiap gerai menjual benda yang berbeza. Walaubagaimanapun, dengan keuntungan yang mereka perolehi mereka sama-sama memajukan perniagaan mereka di bawah satu supermarket. Mereka tidak sabotaj dan mengganggu gerai yang lain. Semua sibuk dengan gerai masing-masing agar semua peroleh keuntungan yang besar.

Apa yang aku belajar tentang manusia ni, Allah s.w.t yang Maha Besar lagi Bijaksana telah menciptakan manusia ini pelbagai ragam. Sebab itu wujudnya golongan-golongan yang pelbagai. Sebab itu wujudnya khilaf. Sebab itu wuudnya bermazhab-mazhab. Jadi tak mungkin manusia itu semuanya boleh sama bentuk pemikiran mereka. Kalau tidak, itu bukan manusia tapi robot. Robot en kita boleh programkan semua sama.

Percayalah wahai jemaah islami, bila khalifah diangkat nanti kita pasti akan bersatu di bawah pemerintahannya. Pada ketika itu, baru kita menjadi satu jemaah. Buat masa sekarang tidak perlu kamu sibuk-sibuk akan jemaah lain. Isu-isu sabotaj dan menghukum jemaah lain tidak mencirikan sebuah gerakan islam. Juga isu culik-menculik, berebut-rebut mad'u atau anak usrah. Itu bukan adab dalam ta'addud jemaah.

Jadi raikanlah kepebagaian itu. Kepelbagaian adalah fitrah manusia. Bila ia fitrah manusia, ia adalah sunnatullah.

Aku akhiri dengan quotation daripada Syeikh Abu A'la al-Maududi dalam bukunya Syahadatul Haq:

"Bagi mereka ini, kami ingin seru supaya mereka memilih salah satu daripada tiga pilihan berikut. Tiada pilihan selain daripada yang tiga ini:

1. Jika hati anda merasa yakin dan selesa bahawa dakwah, prinsip, objektif, struktur jemaah kami dan cara berkerja yang kami pilih untuk jemaah dan diri kami ini adalah benar, bersumberkan al-Kitab dan sunnah tanpa dicemar oleh sebarang unsur jahiliyyah; jika anda yakin semua ini dan anda sering mengakui bahawa segala amalan yang telah kami laksanakan dan dakwah kami ini merupakan amalan yang sepatutnya menjadi tumpuan dan objektif utama setiap muslim dan muslimat di seluruh dunia, maka marilah bersama-sama sertai kami untuk membantu kami melaksanakan tugas ini dan bersama-sama kami beramal demi kepentingan anda sendiri di dunia dan di akhirat, dengan izin Allah.

2. Jika anda tidak yakin dengan cara kerja kami dan hati anda tidak terbuka untuk bersama-sama kami, carilah jemaah lain yang berkerja untuk matlamat agama yang sebenar. Carilah jemaah yang berusaha dengan menggunakan cara yang islamik. Gabungkan diri anda ke dalam jemaah tersebut. Bernaunglah di bawah panjinya dan sertailah mereka bersama kerja-kerja mereka. Demi sesungguhnya, jika kami temui sebuah jemaah seperti ini (kami berpuas hati dengan caranya) sudah tentu kami akan turut serta bersamanya. Kami adalah golongan yang amat berusaha untuk berkerja di bawah satu jemaah. Kami tidak mahu sama sekali berkelainan dan berpisah. kami juga tidak mahu sama sekali berpecah.

3. Jika kedua-dua pilihan ini masih tidak sesuai dengan diri anda. Maksudnya jika anda tidak setuju untuk bersama dengan kami dan tidak menemui mana-mana jemaah lain yang memiliki ciri tersebut, bentuklah jemaah sebuah jemaah yang berlandaskan agama yang sebenar, bermatlamat menegakkan agama Allah sepenuhnya dan melaksanakan Syahadah al-Haq melalui perkataan dan perbuatan supaya kita dapat melaksanakan kewajipan islam kita dan kita dapat melaksanakan kewajipan agama kita."

Aku bersykur telah menemui jemaah aku.

wallahualam

Saturday, August 27, 2011

MBM



Happy Eidul Fitr and happy independence day Malaysia. Man I love this country. Ive been here my entire life. Don't ruin it please :)

Wednesday, April 27, 2011

Tarbiyah From My Perspective




"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"

Itulah ungkapan yang sering didengari ketika program-program atau sewaktu bermu'ayasyah bersama ikhwah. Aku mengakui ungkapan ini benar kerna tarbiyah itu memang batu asas bagi melahirkan apa yang dikatakan di dalam al-Qur'an sebagai "Khoiru Ummah". Ummat ini menjadi hebat kerna tarbiyah. Tanpa tarbiyah, maka ia hanyalah pada nama dan hakikatnya, dalamannya kosong, nothing.

Namun bagi diriku, tarbiyah adalah segala-galanya DAN segala-galanya bermula dengan tarbiyah. Perkara yang menjadikan diri aku, aku yang sekarang adalah tarbiyah. Jika aku tidak mendapat nikmat tarbiyah ini, barangkali diri aku akan hanyut dalam gelombang Hedonisme yang semakin mengganas masa kini. Barangkali aku akan bercouple, atau lepak dengan geng-geng rokok, atau set-set karoke, dan mungkin golongan loser-loser yang tidak mengetahui tujuan hidup (rujuk entri sebelumnya). Mungkin juga aku akan jadi golongan yang skema, hidup untuk study dan mengejar anugerah dekan serta bermatlamatkan kerjaya yang menjanjikan kebahagiaan materialistik. Mohon Allah s.w.t. melindungiku daripada unusr-unsur jahiliyah ini. Tarbiyahlah menjadi perisai aku, menjadi anti-virus aku, dan menjadi benteng aku untuk menangkis serangan-serangan jahiliyah.

Pada hakikatnya begitulah aku sebelum mendapat dan memahami tarbiyah. Hidup mengejar A semata-mata kerana takut tidak mendapat tempat yang baik di dalam masyarakat. Pfft.... Inilah doktrin yang ditanamkan dalam pemikiran pelajar dimana kejayaan itu dipandang dari sudut segulung kertas. Golongan yang tidak mendapat segulung kertas itu dianggap loser dan seperti lambakan-lambakan daging yang menyesakkan. Tapi hakikatnya Allah s.w.t. telah banyak berfirman tentang erti kejayaan yang sebenar dan erti kehidupan sebenar antaranya:

[al-Mu'minun: 1-12]
[al-Ankabut: 64]

Apakah kamu masih tidak mengerti? Ayat-ayat di dalam al-Qur'an sangat jelas. It's very obvious. Ayatnya sangat jelas, sangat! Apa yang kamu masih tidak memahami?? (Mungkin telah paham tapi susah untuk menerima bukan?? Ke macamana??)

Hakikatnya aku memang seorang loser jika aku tiada tarbiyah. I have to admit, I am nothing without tarbiyah. Tarbiyah is everything to me, without it i'm just a guy who lives to score exams and work until I die.

Kesimpulannya, aku berasa sangat bersyukur dikurniakan nikmat tarbiyah ini. Suatu kerugian yang besarlah bagi mereka yang mendapat nikmat ini lalu menggadaikannya dengan kesibukan study, hiburan, dan kitaran bengong. Memang benar iman manusia itu naik dan turun. Tapi ayat ini sering digunakan oleh mereka yang futur sebagai alasan seolah-olah mengatakan tidak mengapa futur. Oh, tidak sama sekali!! Iman yang menurun bukanlah sesuatu yang 'okay', iman yang menurun adalah penyakit yang mesti disembuhkan kembali. Tatkala iman sedan menurun, saat itulah syaitan akan belasah dan melancarkan bom atom sekaligus meruntuhkan iman melenyapkannya dalam jiwa kita. Jadi, ia tidak sekali-kali 'okay' apabila iman menurun. Kerna itu perlunya kepada tarbiyah yang kembali memulih, membina semula iman. Perkara yang sangat bahaya adalah apabila ia tidak menyedari dirinya futur dan imannya menurun lantas, berasa senang dengan keadaan sedemikian. Mohon agar Allah s.w.t. mengasihani kita dan sentiasa mengingati kita. Ya muqollibal qulub, tsabbit qulubuna 'ala diinik wa 'ala to'atik wa 'ala toriqi da'watik

Maka jomlah, kita sama-sama dalam jalan ini [as-Saff: 10-14].... Tidak rugi pun kan?

Sunday, April 17, 2011

Kematian Idaman

"Mati itu sekali sahaja, jadi pastikan mati itu mati yang betul-betul kita puas hati"
-al~Barq-

Sahabat sekalian,
Sudah pasti dan pasti kematian itu akan datang [al-Anbiya' : 37]. Maka dengan kita mengingati kematian itu, perlulah terdetik dalam hati satu kesedaran bahawa apa persiapan kita untuk menghadapinya. Jarangnya manusia merancang kematiannya. Kebanyakkan mereka lebih kepada merancang hidup merancang wang. Rancangan mereka khususnya lebih kepada perkara-perkara duniawi dan materialistik. Mereka sangkakan kehidupan kehidupan mereka di dunia ini. Mereka seronok dengan kehidupan dunia ini.

Untuk membalas sangkaan mereka itu rujuklah [al-Ankabut:64]. Dengan mentadabbur ayat ini dapat diketahuilah bahawasanya dunia ini tiada nilai di sisi Allah dan kehidupan kita yang sebenar adalah di akhirat; Dunia infiniti. Masalahnya sekarang kehidupan infiniti ni ada 2 tempat sahaja kita boleh pergi; Syurga atau Neraka.

Kita pernah mengalami demam, pening kepala, ulcer, sakit gigi. Kita mengharapkan dengan tidur dan memakan ubat akan pulihlah segala penyakit itu. Kita mengharapkan dengan hari esok, lenyaplah kesakitan itu. Tetapi hal sedemikian tidak akan berlaku di Neraka. Malah kesakitan itu digandakan. Selama-lamanyalah kita akan merasai kesakitan itu dan janganlah berharap dengan tidur, penyakit itu akan redha. Oh tidak, tidak sama sekali!

Kita juga pernah merasai nikmat kesejukan yang nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa, keadaan tenang, makanan yang lazat, minuman yang sejuk tatkala cuaca sedang panas, keseronokan bermain bola/bersenam/ melancong. Kita mengharapkan agar masa itu berkekalan dan kita tidak perlu pergi ke sekolah/ kerja pada esok hari menghadapi pelbagai stres. Itulah dia sepertimana di syurga. Kamu tidak sekali-kali akan berasa susah dan dilimpahkan dengan segala nikmat yang kamu ingini serta digandakan nikmat itu. Selama-lamanya kamu akan merasai nikmat itu. Tidak perlu risau tentang exam, assignment, quiz, presentation, boss yang pemarah. Hanya keseronokan yang abadi.

Jadi, sudah pasti kita inginkan kehidupan abadi yang penuh dengan kenikmatan itu. Jadi bagaimana inging mencapai kehidupan itu??? Hanya Allah s.w.t yang memberi rahmat kepada hambanya untuk mencapai kehidupan itu. Bagaimana mencapai rahmatnya??? Banyak cara dan cara-cara tersebut tidak lari daripada tujuan asal kita di muka bumi ini (Rujuk entri-entri sebelum ini).

Maka, dengan kematian kita yang hanya sekali inilah peluang terakhir kita untuk mencapai rahmat itu. Sudah tentu mereka yang bermatlamatkan dunia hanya akan berfikir tentang kematian pada saat-saat tuanya. Tetapi tidak bagi KITA. KITA perlu merancang kematian kita agar kematian itulah sumbangan kita yang terakhir untuk melaksanakan tujuan hidup KITA.

Sudah tentu bagi KITA, kita inginkan kematian yang paling gempak iaitu SYAHID FI SABILILLAH. [al-Baqarah:154][ali-'Imran:169]. Sesungguhnya, mati tua di atas katil adalah mati yang sangat tipikal dan membosankan. Kematian kena langgar, penyakit, HIV adalah kematian yang paling tak best bagi aku. Bagi aku, mati dibunuh disebabkan kamu mengatakan LA ILAHA ILLALLAH adalah kematian yang paling cool dan gempak. Orang-orang yang mati dibunuh ini di zaman kehidupan mereka dilalui dengan pelbagai dugaan dan cabaran tapi mereka tidak pedulikan semua hal itu dan teruskan sahaja dengan kerja meraka. Ini adalah sangat cool kerana ia ibaratkan kamu mengatakan kepada seorang diktator: "Gi mampus ah kau! Aku akan teruskan dengan kerja aku dan kerja aku akan berterusan walaupun aku suda tiada".

Aku sering berangan-angan untuk mati dalam keadaan peperangan dimana aku begitu ghairah mencantas kepala-kepala musuh Allah s.w.t sehinggakan tidak sedar sebatang panah telah menusuk diriku dari belakang. Panah itu beracun. Namun, aku meneruskan dengan aktiviti pencantasan sehinggakan tubuhku gugur di atas tanah. Jika ingin bandingkan dengan dunia modern ini, aku dibunuh oleh sniper tatkala tengah menembak musuh-musuh.

Walaupun yang menentukan kematian kita adalah Allah s.w.t. perlunya kita bercita-cita dan merancang kematian kita sepertimana kita ingini sebagai motivasi dan peringatan untuk kita agar sentiasa bersiap sedia serta tidak lari dari fokus asal KITA. Kematian itu ketentuan Allah s.w.t. tetapi adalah sangat best dan sangat bersyukur sekiranya ketentuan Allah s.w.t. itu sama sepertimana kita idamkan.

Moga kita sama-sama berdoa agar Allah kurniakan keadaan kematian yang kita ingini yang mampu mendapat rahmatnya di akhirat kelak. Amin~~~

*Entri ini sempena ulangtahun kesyahidan Dr. Abdul Aziz Rontisi, Mantan pemimpin HAMAS. Moga beliau tergolong dalam golongan syuhada':